Takaful


Pengertian Takaful
Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin'

Konsep Takaful

Takaful berkonsep kerjasama sesama peserta takaful mengumpul dana secara menderma seikhlasnya dengan tujuan untuk membantu ahli kumpulan yang di timpa musibah.

Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

Ciri - Ciri Takaful -Sistem Derma atau Sumbangan At-Tabarru'at
-Pelaburan halal di dana-dana yang patuh syariah
-Majlis Pengawasan Syariah
-Tiada unsur gharar (Tidak jelas) , riba, maisir (Judi),
-Al-mudharabah (Perkongsian untung)


Dalil Al-Quran

Surah Al-Baqarah ayat 240



Maksudnya : "Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

 Surah Al-Baqarah ayat 180
 "Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa." 

 Surah Al-Maidah ayat2
" Bekerjasamalah kamu dalam perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. Sesungguhnya Allah amat keras siksaNya"

 Surah Al-Baqarah ayat 208
 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya dan jangan kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh mu yang nyata." 

Surah Al-An'am ayat 162
"Katakanlah : Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."

 Surah Yusuf ayat 47 - 48
“Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam (tuai) biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. “Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun yang bersangatan kemaraunya, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih)“

  Surah Al-Baqarah ayat 148
“Maka, berlumba-lumbalah kamu di dalam kebaikan.”

Dalil Hadis

 "Tinggalkan anak dan isteri dengan berharta itu lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta" [Riwayat Bukhari].

 "Sesungguhnya orang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa manusia" [Riwayat Ibnu Majah]

"Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapa pun tidak masuk syurga kalau tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit" [Riwayat Ahmad].

“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggung-jawab dan setiap daripada kamu bertanggung-jawab terhadap mereka dibawah tanggungan kamu.”  [Riwayat Bukhari dan Muslim]

“Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. [Riwayat Bukhari].
 
Mencari yang Halal adalah wajib kepada setiap orang Islam.  [Hadis Nabi].     

 Dari Dr. Yusuf Al-Qardhawi (Yusuf al-Qardhawi, The Lawful and The Prohibited in Islam (trans), m.s 276) menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka. Derma ikhlas ini dapat menyempurnakan tujuan tersebut dan dapat menggelakkan sebarang keraguan.

Kebaikan Takaful

1. Membantu keluarga ahli yang meninggal dunia
2. Membantu ahli yang ditimpa cacat kekal
3. Membantu ahli yang sakit
4. Membantu ahli untuk persaraan


Perbezaan Antara Takaful dan Insuran

No comments: